bila mengumpat dibolehkan

berdasarkan kata-kata Imam al-Ghazali dalam kitabnya IHYA'ULUMIDIN:

1. ia dibolehkan apabila seseorang itu dizalimi.
sesiapa yang dizalimi boleh mengadu tentang kezaliman yang menimpa dirinya kepada pihak berkuasa, misalnya sultan atau kadi.

2. bila ingin meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran.
contohnya, kalau ada kemungkaran berlaku ditempat kita. kalau ada orang amal ajaran sesat, sumbang mahram, kita boleh hubungi atau lapor kpd pihak b'kuasa-pejabat agama-untuk mencegah benda mungkar.

3. apabila ingin meminta fatwa.
semasa meminta hukum atau fatwa, keaiban dan kelemahan orang lain boleh disebutkan.
pd zaman nabi, isteri Abu Sufyan yg b'nama Hindun binti Utbah pernah dtg b'cerita kpd nabi ttg suaminya yg agak kedekut. jd, perbuatan Hindun menceritakan keburukan suaninya tidak dianggap sbgai umpatan oleh nabi. malah nabi pula b'sabda kpd hindun: 'ambillah sesuatu y mencukupi utk dirimu dan anakmu secara yg makruf'

4. mengumpat diharuskan apabila cuba menyedarkan masyarakat ttg sesuatu kemungkaran.
sebabnya, org ramai perlu disedarkan dan diberitahu ttg bahaya atau kesesatan yg b'laku disekeliling mrk.
contohnye, kalau kita tau seseorg itu mmg fasik n ahat. kita kena beritahu org lain yg si polan tu fasik n jahat supaya mrk terhindar drpd bahaya kefasikan n kejahatannya.

5. ulama berkata blh mengumpat apabila kemaksiatan atau kemungkaran b'laku secara terang-terangan.
syariat mengizinkan pendedahan dilakukan kpd masyarakat bg melahirkan kewaspadaan dan seterusnya pencegahan.
seperti kata Hasan al-Basri: 3 golongan manusia yg blh diumpat
i) mrk yg menurut hawa nafsu semata-mata
ii) yg melakukan kefasikan secara terang-terangan
iii) pemimpin yg zalim

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment